Halaman

Selasa, 19 Jun 2012

Apa Itu Mimpi?





Secara umumnya, mimpi boleh ditakrifkan sebagai  gambaran yang dilihat ketika seseorang sedang tidur, pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat fizikalnya dalam keadaan separuh sedar.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata ‘menjenguk’,tetapi  masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. - Perkara ini tidak boleh dibuktikan kesahihannya kerana tiada nas daripada Al-Quran dan Hadith yang menyebut tentangnya.

Jenis- jenis Mimpi

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, permusuhan, kesedihan, dan sebagainya.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi dianiayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai maksud sama sekali.

Dalil :
Dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,

Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari 46 bahagian kenabian. Mimpi ada tiga jenis: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari syaitan. Jika seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian solatlah. "
                                                                                                                   (Muttafaq ‘alaih)


Kejadian Mimpi Menurut Teori Minda Separa Sedar

Mimpi merupakan satu kod mesej berbentuk gambaran yang disampaikan oleh minda separa sedar kepada minda sedar. Mesej ini merupakan satu penyelesaian ataupun jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang individu semasa sedar. 

Sebagai contoh,  seorang lelaki bernama  Aiman menghadapi masalah perhubungan dengan tunangnya, Yasmine. Aiman berfikir sepanjang hari tentang cara menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah dia tertidur.Apabila  tersedar, dia mendapat idea untuk menyelesaikan masalahnya setelah bermimpi berbual dengan kakak Yasmine.

Penjelasan

Seperti yang diketahui umum, minda terbahagi kepada dua - minda sedar dan separa sedar. Apabila Aiman berfikir tentang masalahnya, minda sedar akan berusaha sehabis mungkin untuk mencari penyelesaiannya. Namun, apabila dia tertidur, minda sedarnya menjadi kurang aktif menyebabkan proses berfikir terbantut .

Pada ketika inilah, minda separa sedar  mengambil alih tugas minda sedar untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Setelah menemui  jawapannya, bahagian tersebut akan menghantar kod-kod tertentu kepada minda sedar untuk memberitahu ‘penemuannya’ . Pada masa inilah mimpi terjadi. Kebiasaanya, mimpi yang dialami mempunyai perkaitan yang agak rapat dengan masalah yang dihadapi. Dalam kes  ini , Aiman bermimpi berbual dengan seseorang  yang relate dengan masalahnya, iaitu kakak Yasmine.

--> Teori minda separa sedar agak susah untuk dijelaskan dalam beberapa perenggan sahaja. Oleh itu,  Admin telah berusaha sebaik mungkin untuk meringkaskan teori  ini supaya dapat difahami oleh semua pembaca.Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan,  boleh kemukakannya di ruangan komen ataupun di timeline Admin. Anda juga disaran untuk membuat kajian untuk memahami  topik ini   <--

KESIMPULAN

1- Mimpi merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada manusia. 
2- Mimpi bukanlah permainan tidur seperti yang diaanggap oleh sesetengah orang kerana Yang
     Maha Pencipta tidak mencipta sesuatu yang sia-sia apatah lagi permainan untuk manusia .
    
     Firman Allah :
     “Tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadat kepadaku.”
                                                                                                                           (Az-Zariyat: 56)
      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan