Halaman

Khamis, 28 Jun 2012

Mimpi Nabi Muhammad Sebelum Israk

Umum mengetahui bahawa mimpi yang dialami oleh para nabi dan rasul adalah sesuatu yang benar dan merupakan wahyu daripada Allah Ta'ala, terutama sekali mimpi penghulu segala nabi, nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, jadikanlah mimpi baginda sebagai satu panduan dalam menjalani kehidupan seharian.

---------------------------------











Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: 

"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........" 



1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatangi oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya,maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA

2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA

3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah

4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu. 

5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas. 

6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku. 

7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-benderang. 

8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidak pun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya. 

9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya, maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut. 


Rasullullah SAW bersabda: "Sampaikanlah pesananku kepada umatku walaupun dengan sepotong ayat"

Rabu, 27 Jun 2012

Mimpi Melihat Kanak-kanak


Walaupun kanak-kanak dianggap sebagai makhluk yang lemah dan tidak berdaya, namun maksudnya dari segi tafsir mimpi agak besar. Oleh itu, teruskan membaca untuk mengetahui  tafiran-tafsiran tersebut.

1) Mimpi menyusukan bayi: Menurut pakar perubtan Islam - Ust. Sharhan Shafie, mimpi menyusukan bayi menandakan anda telah menerima saka daripada saudara-mara terdekat seperti ibu atau bapa. Hal ini boleh dipastikan kesahihannya kerana menurut pengalaman beliau mengubati penyakit berkaitan gangguan jin, kebanyakkan pemilik saka memberitahu bahawa mereka mengalami mimpi ini.
  
2) Bermimpi seolah-olah berubah menjadi kanak-kanak (lelaki sahaja ) : Hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

3) Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai : Akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.Menurut hikayat, ada seorang lelaki berjumpa  Ibnu Sirin dan berkata: “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit” Maka Ibnu Sirin berkata: “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”

4) Mimpi melihat kanak-kanak perempuan : Mendapat keringanan dan kemudahan setelah menghadapi kesusahan.

5) Mimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh : Merupakan kemegahan dan kekuatan. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu besar kemungkinan berlaku pada ibu anak tersebut.

6) Bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa (perempuan sahaja ) : Satu kebaikan yang akan datang kepadanya.


Isnin, 25 Jun 2012

Maksud Mimpi : Melihat Kematian


Di sini disenaraikan beberapa maksud mimpi yang berkaitan dengan kematian. Admin berharap anda dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya.


1)  Melihat seolah-olah bersahabat dengan orang mati : Akan pergi merantau jauh dan di sana anda akan mendapat kebaikan/ kesenangan  yang banyak.

2)  Bermimpi makan bersama orang-orang mati :  Mempunyai umur yang panjang ( umur yang dipenuhi dengan amal soleh ).

3) Melihat pemimpin mati : Anda akan digulingkan ataupun dipecat daripada jawatan / tugas anda

4) Mimpi meratap : Sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya / rakyatnya bercerai-berai.

5) Melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang, "Si Polan meninggal dunia" : Orang yang memberitahu berita tersebut akan ditimpa kesusahan (dengan izin Allah ).

 6) Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap : Akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

7) Bermimpi mati, lalu dimandikan dan dikafankan : Selamat masalah keduniaan tetapi rosak agama.

8) Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”   
                                                                                                           (Surah al-Mukmin ayat 11)

9) Melihat seolah-olah anda mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian : Umur anda masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

10) Melihat imam (pemimpin negeri /negara) mati : Akan terjadi bencana di negeri / negara  tersebut, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

11) Bermimpi menjumpai mayat : Anda akan mendapat harta.

12) Datang kepada anda berita kematian seseorang : Akan sampai berita kepada anda tentang kerosakan agama dan masalah keduniaan meningkat.

13) Mimpi anak mati : Terlepas daripada ancaman / gangguan musuh

14) Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.

15) Mimpi menangis : Ada tafsiran daripada Ibnu Sirin mengatakan bahawa : “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya."

    Menurut pakar perubatan Islam- Ust. Sharhan Shafie, sekiranya anda menangis / ketawa semasa tidur (bukan dalam mimpi ), ini bermakna anda telah diganggu oleh jin. 

16) Melihat seolah-olah anda berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati : Anda berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya anda menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhan itu.


PERINGATAN : Tafsiran ini hanyalah panduan kepada anda. Anda dinasihatkan supaya tidak mempercayainya 100% kerana ia adalah hasil kajian para ulama' dan ahli tafsir mimpi sahaja. Semua perkara yang telah dan akan berlaku kepada anda adalah di bawah kekuasaan Allah, Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam.


Selasa, 19 Jun 2012

Etika Mentafsir Mimpi

Dalam mentafsir mimpi, seseorang perlu mematuhi beberapa etika agar peratus ketepatan tafsiran tersebut tinggi.

1-  Jika seseorang menceritakan mimpi kepada anda, kemudian katakanlah, “Aku rasa, mimpi itu mempunyai maksud yang baik.”

2- Hendaklah mentafsir mimpi dengan cara yang paling baik. Diriwayatkan bahawa Nabi saw. bersabda, “Mimpi akan terjadi sebagaimana ia ditakwilkan (ditafsirkan ).” 

Juga diriwayatkan bahawa baginda bersabda, “Mimpi itu bagaikan kaki yang menggantung selama belum diungkapkan. Jika telah diungkapkan, maka terjadilah.” -Hadith yang disebut dalam as-Silsilah ash-Shahihah.

3- Menilai mimpi dengan baik, kemudian menjawab si penanya dengan jawapan yang mudah difahami.

4- Jangan tergesa-gesa mentafsir mimpi. Lakukanlah dengan hati-hati.

5- Menyembunyikan mimpi dan tidak menyebarkannya sebab ia merupakan amanah.

6- Jangan menakwilkan mimpi ketika matahari terbit, ketika tergelincir, dan ketika terbenam kerana waktu ini syaitan sedang berkeliaran ( dibimbangi tafsiran mimpi itu dipengaruhi oleh syaitan )

7- Merenungkan mimpi yang dikemukakan kepada anda. Jika mimpi itu baik, maka tafsirkanlah dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang tersebut. Jika mimpi itu buruk, maka janganlah menakwillkannya  atau takwilkanlah bahagian mimpi yang maksudnya paling baik. Jika sebahagian mimpi itu merupakan kebaikan dan sebahagian lagi keburukan,maka bandingkanlah keduanya, lalu ambillah mimpi yang paling tepat dan paling kuat pokoknya ( tafsirannya).

8- Jika pentafsir mimpi mengalami kesulitan, bertanyalah kepada orang yang  bermimpi mengenai namanya, lalu takwilkannya berdasarkan namanya itu.

9- Rujuk kisah-kisah nabi dan rasul serta hadith Nabi Muhammad S.A.W  mengenai mimpi bagi mendapatkan tafsiran yang terbaik.

Apa Itu Mimpi?





Secara umumnya, mimpi boleh ditakrifkan sebagai  gambaran yang dilihat ketika seseorang sedang tidur, pengsan, mabuk, nazak dan sebagainya, dengan syarat fizikalnya dalam keadaan separuh sedar.

Ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa mimpi berlaku apabila roh seseorang itu keluar dari jasadnya, cuma yang berbeza dengan kematian ialah roh orang mati keluar terus kesemua sekali dari jasad. Bagi orang yang bermimpi, rohnya hanya keluar dalam ertikata ‘menjenguk’,tetapi  masih ada yang tinggal dalam jasad. Sebab itulah orang tidur masih bernafas. - Perkara ini tidak boleh dibuktikan kesahihannya kerana tiada nas daripada Al-Quran dan Hadith yang menyebut tentangnya.

Jenis- jenis Mimpi

Menurut ahli-ahli takbir, mimpi dapat dibahagikan kepada tiga jenis:

1. Mimpi daripada Allah S.W.T. iaitu mimpi yang baik untuk dunia dan akhirat, merupakan khabar gembira atau satu peringatan daripada Allah S.W.T. supaya melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan-Nya.

2. Mimpi yang batil atau permainan syaitan, iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna atau takwil. Atau mimpi buruk yang tidak menyenangkan seperti kedatangan mala petaka, permusuhan, kesedihan, dan sebagainya.

3. Keinginan nafsu. Seperti kita ketahui nafsu ada tiga, iaitu nafsu mutmainnah, nafsu lawwamah dan nafsu ammarah. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. Atau mimpi makan ketika diri sedang lapar, mimpi dianiayai orang ketika sedang sakit dan sebagainya. Mimpi seperti ini tidak mempunyai maksud sama sekali.

Dalil :
Dari Muhammad ibnul-Mughirah, dari Makki bin Ibrahim, dari Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin Sirin, dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah bersabda,

Jika masa semakin dekat, mimpi seorang muslim nyaris tidak pernah dusta. Muslim yang paling benar mimpinya adalah yang paling jujur perkataannya. Mimpi seorang mukmin merupakan satu bahagian dari 46 bahagian kenabian. Mimpi ada tiga jenis: mimpi yang baik sebagai berita gembira dari Allah ‘azza wa jalla, mimpi seorang muslim yang dialami oleh dirinya sendiri, dan mimpi sedih yang berasal dari syaitan. Jika seorang di antara kamu mengalami mimpi yang tidak disukai, janganlah menceritakannya kepada orang lain, bangunlah, kemudian solatlah. "
                                                                                                                   (Muttafaq ‘alaih)


Kejadian Mimpi Menurut Teori Minda Separa Sedar

Mimpi merupakan satu kod mesej berbentuk gambaran yang disampaikan oleh minda separa sedar kepada minda sedar. Mesej ini merupakan satu penyelesaian ataupun jawapan terhadap masalah yang dihadapi oleh seseorang individu semasa sedar. 

Sebagai contoh,  seorang lelaki bernama  Aiman menghadapi masalah perhubungan dengan tunangnya, Yasmine. Aiman berfikir sepanjang hari tentang cara menyelesaikan masalah tersebut sehinggalah dia tertidur.Apabila  tersedar, dia mendapat idea untuk menyelesaikan masalahnya setelah bermimpi berbual dengan kakak Yasmine.

Penjelasan

Seperti yang diketahui umum, minda terbahagi kepada dua - minda sedar dan separa sedar. Apabila Aiman berfikir tentang masalahnya, minda sedar akan berusaha sehabis mungkin untuk mencari penyelesaiannya. Namun, apabila dia tertidur, minda sedarnya menjadi kurang aktif menyebabkan proses berfikir terbantut .

Pada ketika inilah, minda separa sedar  mengambil alih tugas minda sedar untuk mencari penyelesaian terhadap masalah yang dihadapi. Setelah menemui  jawapannya, bahagian tersebut akan menghantar kod-kod tertentu kepada minda sedar untuk memberitahu ‘penemuannya’ . Pada masa inilah mimpi terjadi. Kebiasaanya, mimpi yang dialami mempunyai perkaitan yang agak rapat dengan masalah yang dihadapi. Dalam kes  ini , Aiman bermimpi berbual dengan seseorang  yang relate dengan masalahnya, iaitu kakak Yasmine.

--> Teori minda separa sedar agak susah untuk dijelaskan dalam beberapa perenggan sahaja. Oleh itu,  Admin telah berusaha sebaik mungkin untuk meringkaskan teori  ini supaya dapat difahami oleh semua pembaca.Sekiranya anda mempunyai sebarang soalan,  boleh kemukakannya di ruangan komen ataupun di timeline Admin. Anda juga disaran untuk membuat kajian untuk memahami  topik ini   <--

KESIMPULAN

1- Mimpi merupakan anugerah yang tidak ternilai daripada Allah kepada manusia. 
2- Mimpi bukanlah permainan tidur seperti yang diaanggap oleh sesetengah orang kerana Yang
     Maha Pencipta tidak mencipta sesuatu yang sia-sia apatah lagi permainan untuk manusia .
    
     Firman Allah :
     “Tidak aku jadikan manusia dan jin selain untuk beribadat kepadaku.”
                                                                                                                           (Az-Zariyat: 56)