Halaman

Isnin, 25 Jun 2012

Maksud Mimpi : Melihat Kematian


Di sini disenaraikan beberapa maksud mimpi yang berkaitan dengan kematian. Admin berharap anda dapat mengambil pengajaran dan iktibar daripadanya.


1)  Melihat seolah-olah bersahabat dengan orang mati : Akan pergi merantau jauh dan di sana anda akan mendapat kebaikan/ kesenangan  yang banyak.

2)  Bermimpi makan bersama orang-orang mati :  Mempunyai umur yang panjang ( umur yang dipenuhi dengan amal soleh ).

3) Melihat pemimpin mati : Anda akan digulingkan ataupun dipecat daripada jawatan / tugas anda

4) Mimpi meratap : Sesiapa yang melihat seolah-olah satu tempat di tempat dijadikan tempat meratap, maka akan terjadi pentadbiran yang tidak baik di tempat itu yang menyebabkan ahlinya / rakyatnya bercerai-berai.

5) Melihat seolah-olah seseorang berkata kepada seseorang, "Si Polan meninggal dunia" : Orang yang memberitahu berita tersebut akan ditimpa kesusahan (dengan izin Allah ).

 6) Jika orang hamil bermimpi mati dan orang lain menangisinya tanpa meratap : Akan mendapat anak lelaki dan dia akan bergembira.

7) Bermimpi mati, lalu dimandikan dan dikafankan : Selamat masalah keduniaan tetapi rosak agama.

8) Al-Ustaz Abu Sa’id berkata: “Melihat mati dalam mimpi adalah penyesalan daripada perkara yang sangat besar. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mati, kemudian dia hidup lagi, bererti dia mempunyai dosa kemudian dia bertaubat, berdasarkan firman Allah S.W.T. yang bermaksud :

"Mereka berkata: 'Ya Tuhan kami, Engkau telah mematikan kami dua kali dan menghidupkan kami dua kali, lalu kami mengakui dosa-dosa kami.”   
                                                                                                           (Surah al-Mukmin ayat 11)

9) Melihat seolah-olah anda mati tanpa didahului sesuatu penyakit dan hal-hal yang menyebabkan kematian : Umur anda masih panjang. Sesiapa yang melihat seolah-olah dia belum mati bererti sudah dekat ajalnya. Jika orang yang bermimpi itu seolah-olah menyangka bahawa dia tidak mati untuk selamanya, maka dia akan mati dalam perang sabilillah.

10) Melihat imam (pemimpin negeri /negara) mati : Akan terjadi bencana di negeri / negara  tersebut, sebagaimana juga bermimpi melihat terjadi bencana di satu negeri menunjukkan matinya imam negeri itu.

11) Bermimpi menjumpai mayat : Anda akan mendapat harta.

12) Datang kepada anda berita kematian seseorang : Akan sampai berita kepada anda tentang kerosakan agama dan masalah keduniaan meningkat.

13) Mimpi anak mati : Terlepas daripada ancaman / gangguan musuh

14) Menurut satu pendapat orang bujang yang bermimpi mati menunjukkan dia akan berkahwin, sedangkan orang berkahwin yang bermimpi mati menandakan dia akan bercerai. Ini kerana jika terjadinya kematian akan terjadilah perpisahan.

15) Mimpi menangis : Ada tafsiran daripada Ibnu Sirin mengatakan bahawa : “Tangisan yang dilihat dalam tidur ialah sesuatu yang menggembirakan. Tetapi kalau tangisan atau ratapan itu disertai dengan tarian tidak baik mimpinya. Jika seseorang melihat ada orang yang mati, yakni orang yang dikenalnya, dan dia meratapnya dan membunyikan terompet, bererti terjadi musibah atau dukacita bagi orang yang dilihat itu atau bagi keluarganya."

    Menurut pakar perubatan Islam- Ust. Sharhan Shafie, sekiranya anda menangis / ketawa semasa tidur (bukan dalam mimpi ), ini bermakna anda telah diganggu oleh jin. 

16) Melihat seolah-olah anda berada di tengah-tengah kumpulan orang-orang yang sudah mati : Anda berada di tengah-tengah orang munafik, ertinya anda menyuruh mereka mengerjakan kebaikan tetapi mereka tidak mengendahkan suruhan itu.


PERINGATAN : Tafsiran ini hanyalah panduan kepada anda. Anda dinasihatkan supaya tidak mempercayainya 100% kerana ia adalah hasil kajian para ulama' dan ahli tafsir mimpi sahaja. Semua perkara yang telah dan akan berlaku kepada anda adalah di bawah kekuasaan Allah, Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan