Halaman

Rabu, 27 Jun 2012

Mimpi Melihat Kanak-kanak

PERINGATAN : Tafsiran ini hanyalah panduan dan perkonsian ilmu kepada anda. Anda dinasihatkan supaya TIDAK mempercayainya 100% kerana ia adalah hasil kajian ahli tafsir mimpi, dan pendapat orang-orang zaman dahulu sahaja. Semua perkara yang telah dan akan berlaku kepada anda adalah di bawah kekuasaan Allah, Yang Maha Pencipta dan Pentadbir Sekalian Alam.

*Sesungguhnya daripada Allah kita datang, dan kepada Allah kita kembali*



Walaupun kanak-kanak dianggap sebagai makhluk yang lemah dan tidak berdaya, namun maksudnya dari segi tafsir mimpi agak besar. Oleh itu, teruskan membaca untuk mengetahui  tafiran-tafsiran tersebut.

1) Mimpi menyusukan bayi: Menurut pakar perubtan Islam - Ust. Sharhan Shafie, mimpi menyusukan bayi menandakan anda telah menerima saka daripada saudara-mara terdekat seperti ibu atau bapa. Hal ini boleh dipastikan kesahihannya kerana menurut pengalaman beliau mengubati penyakit berkaitan gangguan jin, kebanyakkan pemilik saka memberitahu bahawa mereka mengalami mimpi ini.
  
2) Bermimpi seolah-olah berubah menjadi kanak-kanak (lelaki sahaja ) : Hilang maruahnya. Namun demikian mimpinya itu menunjukkan akan hilangnya kesusahannya. Jika dia melihat seolah-olah mendukung kanak-kanak, bererti dia akan mentadbir kerajaan.

3) Sesiapa yang melihat seolah-olah dia mempunyai anak yang ramai : Akan menghadapi kesusahan kerana mengurus kanak-kanak pun banyak kesusahannya.Menurut hikayat, ada seorang lelaki berjumpa  Ibnu Sirin dan berkata: “Saya bermimpi seolah-olah di bilik saya ada kanak-kanak menjerit” Maka Ibnu Sirin berkata: “Takutlah kepada Allah dan janganlah memukul orang dengan kayu.”

4) Mimpi melihat kanak-kanak perempuan : Mendapat keringanan dan kemudahan setelah menghadapi kesusahan.

5) Mimpi mempunyai anak lelaki yang sudah akil baligh : Merupakan kemegahan dan kekuatan. Tetapi kemegahan dan kekuatan itu besar kemungkinan berlaku pada ibu anak tersebut.

6) Bermimpi mempunyai anak lelaki yang sudah dewasa (perempuan sahaja ) : Satu kebaikan yang akan datang kepadanya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan